Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

B Punya Safety Training

Assalamualaikum mommies.
Petang nanti kami dah nak gerak ke Dengkil. Dari sana akan konvoi dengan along ke Melaka. Tapi sempat lagi pagi ni B kena pergi Kuantan sebab kena attend company punya Safety Training. Plan asal dia ajak aku tu sebab nak suruh bawak Adam sekali. B cakap Adam mesti seronok main kat taman permainan. Aisya pulak tak boleh nak bawak sebab kalau dua-dua ada nanti aku pulak yang tak terkawal. Training tu dibuat dekat tepi tasik mana entah, dekat Kuantan. Memang cantik tempat ni. Khas untuk orang beriadah. Ada jogging track dan taman permainan untuk anak-anak. Tapi sayangnya, kami gerak awal pagi. Adam pun belum bangun lagi. Walaupun anak tak pergi, mak tetap nak pergi jugak. Heheh. Yang tu tak bleh nak kata apa la.
Cantik betul view.
Itu dia, baru nampak persertanya. Laju pulak laki aku ni berlari. Sempat lagi cakap kat dia masa dia lalu depan aku, 'slow-slow je bang, nanti penat." Hah, aci macam tu?
Dari tempat aku duduk ni, boleh nampak B punya training kat seberang sana. Nampaklah dari jauh B lari ulang alik, dan ada trainer yang ditugaskan untuk set masa dia. Aku tak pernah tau pun hubby aku boleh buat push up sebanyak dan secepat tu. Sebab tak pernah buat depan aku. Masa dalam kereta baru B cerita, dulu-dulu masa join kadet askar ke hape entah tapi pasukan beruniformlah dekat MRSM PC, push up 100 kali tu mainan jek. Aku cabar B buat seratus kali tapi letak Aisya atas belakang, terus B surrender. Hehehe. Nak cakap anak aku gemuk la tu.
Tengok tu, kalau bagitau dekat dia nak snap gambar mesti buat muka pelik-pelik.
Hah, kembangkan hidung pulak. Penat berlari katanya.
Barulah dapat gambar yang elok. Jambul tu yang buat kita jatuh hati dulu tu. Ouch!
Ok, kena balik cepat, barang tak packing lagi. Pukul 3 dah nak gerak. Agagagagga =/

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol