Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Layar Besar

Assalamualaikum dan Selamat Hari Merdeka mommies semua. 
Sambut merdeka kat mana tu? Kami warga Teratak Abah sambut ambang merdeka dekat kedai je. Kedai kami ni dah 2 hari pasang big screen. Cadangnya untuk peminat-peminat sukan tengok bola. Dengar cerita, masa semifinal & final Lee Chong Wei vs Lin Dan Rio Olimpik baru ni, kedai-kedai makan dekat bandar yang ada pasang screen besar penuh dengan orang. Memang meriah sangat bersorak ramai-ramai. I IS JEALOUS. Kitorang macam dah lambat sikit. 
B ialah orang yang paling excited about this idea. And he's the first one to voice out about this big screen idea. Jadi kami mula perlahan-lahan merealisasikannya. For now, kami still in progress nak pasang Astro kat kedai. Masih berkira-kira lagi. Bukan apa, hari tu kol agen diorang untuk pakej kedai sampai RM300 untuk 1 channel sport. 1 channel, bukan semua ye! Untuk kedai, adalah illegal untuk kita pakai pakej yang sama untuk rumah. Kena guna pakej kedai jugak, tapi bapaknyelah mahal. Cekik darah secara terhormat namanya nih. Orang penat-penat berniaga semata-mata nak bayar channel sport ko jelah kan En. Astro? Emo jap aku.
 Disebabkan masalah ni, kami decide untuk beli projektor dan guna laptop je untuk pasang apa-apa movie dekat luar tu sementara nak pasang Astro ni. Nak kasi hilang boring customer kami. Luckily B got a lot of movie collection. Cuma, pening jugaklah kami nak pilih cerita apa nak pasang tu. Kami dah try pasang horror movie, The Conjuring 2 tak nampak satu hape pun. Yelah, cerita hantu kan banyak scene tutup lampu. Last-last takde orang tengok. Yang aku perasan, customer sangat suka action movie. Bila kami pasang Ip Man 1, 2, 3, wah tak kelip-kelip mata diorang. Tunggu citer habis dulu baru gerak balik. Tapi kalau tengok movie 2 jam tak tambah-tambah order air, yang tu aku ada hangin sikitlah. Hihihi.
So far, Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. 
 Dua orang ni pemegang tiket VVIP ye. Sebab tu dapat seat paling depan. Cerita pulak taknak kalah. Alvin and The Chipmunks.
Nasib baik ada abahnya baik hati nak tolong pantau anak-anak sementara mama busy. Excited betul dia tengok ramai orang malam tadi.
Rezeki malam merdeka. Full table. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol